Gempa 2005 Kota_Palu

Pada tanggal 24 Januari 2005 yakni pada pukul 04.10 WITA, gempa berukuran 6.2 pada Skala Richter telah menggegarkan Palu. Pusat gempa terjadi di Kecamatan Biromaru, Kabupaten Donggala, 16 km arah tenggara Palu tepatnya di sekitar air panas Desa Bora, di kedalaman 30 km. Gempa itu berada pada bacaan koordinat 1°03′ LS - 119°99′ BT. Penduduk di sekitar Palu berasa amat panik dan terus beredar meninggalkan Palu kerana takut kemungkinan adanya ancaman tsunami seperti yang terjadi di Aceh. Sebahagian dari mereka melarikan diri ke kawasan perbukitan dan pergunungan. Akibat dari gempa bumi ini, hanya seorang direkodkan telah meninggal dunia manakala empat orang yang lain telah cedera dan 177 bangunan rosak.